Ahad, 25 Oktober 2015

PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH

وَلَن يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا ۚ وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.(QS. Al-Munafiqun [63] : 11)


قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ۖ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan".(QS. Al-Jumuah [62] : 8)

Mukaddimah:

  • Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi.
  • Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja.
  •  Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam.
  •  Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.
  • Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu.
  •  Seperkara yang perlu diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti.
  •  Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :
  •   'Menziarah/melawat orang yang sakit pada permulaan masa sakitnya itu adalah Fardhu (wajib) dan kemudian daripadanya Sunat, tidak lebih dari 3 hari'.
  •  Umat Islam amat menghargai kita melawat orang sakit terutama jika saudara-mara kita yang sakit.
  •  Begitu juga kalau jiran-jiran kita, walaupun jiran kita bukan dari golongan orang Islam.
  • Apa yang perlu di lakukan ketika menghadapi seseorang yang dalam keadaan nazak?


Ø  Pesakit hendaklah ditelentangkan menghala ke Qiblat dan qiam tangannya.

Ø  Sentiasa mengingatkannya dengan kalimah Syuhadah iaitu :


Image result for kalimah syahadah

  • Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, perkara-perkara berikut hendaklah dilakukan :


*    Hendaklah kita ucapkan kalimah:
Image result for kalimah bila ditimpa musibah
*    Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.

*    Rapatkan kedua belah matanya.

*    Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang.

*    Rapatkan mulutnya

*    Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya.

*    Luruskan kakinya.

*    Ikatkan kedua ibu jari kakinya.
*    Letakkan di tempat yang tinggi.
*    Hadapkan ke Qiblat.
  • Di antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah :
  1.   Memandikannya.
  2.   Mengkafankan jenazah.
  3.   Solat ke atas jenazah.
  4.   Mengebumikannya
PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA JENAZAH
  1. Sunat menutupmatamya
  2. Melembutkan sendi-sendinya yang keras.
  3. Mengikat dagunya ke kepala supaya mulutnya tertutup.
  4. Mendoakan simati dan keluarganya supaya mereka beroleh kebaikan di dunia dan di akhirat.
  5. Menghadapkan jenazah itu ke kiblat.
  6. Menutup keseluruh tubuhnya.
  7. Menanggalkan pakaian yang asal dan memakaikan pakaian yang lain.