Isnin, 9 November 2015

Pengalaman dan pesanan ustazah buat anak-anak...

TATAPLAH CORETAN KU DAN KUATKAN SEMANGATMU...


12 tahun telah berlalu, saat itu tidak terlintas dihati ini untuk menceburi bidang menguruskan jenazah. Namun ketetapan dari Allah swt tiada siapa yang mengetahuinya. Saat dipanggil untuk mengurus jenazah...berbagai-bagai degupan dan gelora timbul  dihati ini. Namun atas dasar kepercayaan yang diberi ku gagahkan juga hati ini. Tiada apa yang ku lafazkan hanya sedekah al-fatihah dan berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w yang banyak agar Allah memudahkan segalanya. Tanpa ilmu, tanpa pengalaman namun itulah yang dikatakan suatu anugerah.

Malam...seperti biasa tidurku lena namun ada sesuatu yang mengganggu mimpiku. Setiap kali selesai ku kapankan jenazah maka sekelip mata jugalah terbuka kain kapan tersebut. Berulang-ulang kali ku cuba namun tidak berjaya hingga akhirnya ku terjaga.

Pagi...ku cuba fikirkan semula akhirnya ku temui jalannya. Di sinilah Allah s.w.t menggerakkan hati ini untuk belajar dan terus belajar bagaimana untuk ku berbakti kepada keluarga dan masyarakat. Saat ini juga ku fikirkan inilah yang pasti berlaku pada diriku dan semua makhluk di muka bumi ini.
Ya...Allah terima kasih diatas anugerah ini. Begilah rasanya jika diri ini dijemput Illahi. Sejuk...dingin...kaku tapi percayalah tiada apa yang perlu ditakuti kerana disinilah timbulnya keinsafan dan muhasabah diri ini.

Anak-anak...percayalah dalamilah ilmu ini, jangan rasa gentar dan cemas. Kuatkan semangatmu. Jangan sesekali terdetik dihati mu " ah...fardu kifayah je, orang dah buat, aku tak payah. " Percayalah....ibubapamu inginkan tangan mu untuk membelai rambut, mengusap tubuh, membasuh seluruh tubuh mereka disaat mereka meninggal dunia.

Anak-anak....jadilah kamu orang yang dapat menutup setiap aib yang ada ditubuh ibubapamu. Jadilah kamu orang yang dapat menyapu bedak, celak diwajah ibubapamu, menyapu minyak wangi disegenap tubuh kaku mereka.
Anak-anak...Jadilah kamu orang yang dapat menutup kain kafan mereka dari hujung kepala hingga ke hujung kaki. Jadilah kamu orang yang boleh mengikat tubuh badan mereka dan mengusung mereka ke tempat solat. Anak soleh...jadilah kamu imam dalam solat jenazahnya.

Anak-anak...jadilah kamu orang yang boleh membawa mereke ke pusara tempat yang aman dan tenang. Kebumikan mereka, timbuskan mereka dan tinggalkan mereka bersama-sama orang-orang yang soleh dan solehah. Anak-anak...talkinkanlah mereka, doakan mereka kerana doa dari anak yang soleh dan solehah sahaja yang akan mereka bawa ke alam yang kekal abadi.

Anak-anak...walaupun topik ini dipelajari ditahun 6, namun percayalah ibubapamu sangat terharu jika kau dapat mengaplikasikannya hingga kau dewasa. Yakin...setiap yang hidup pasti akan mati, disaat itulah kita baru tersedar betapa kita sangat memerlukan keluarga, masyarakat dan kawan-kawan yang dapat menguruskan jenazah kita nanti. Jadi...buanglah sifat benci dan iri hati. Agar disaat kita tiada nanti orang akan merindui...

Sekian...sedikit perkongsian ilmu dan harapan dari seorang ibu, guru, sahabat dan hamba Allah s.w.t


Image result for ana muslim  Image result for ana muslim
# Bersama bonda tersayang Hjh. Saodah bt Hj. Mohd Salleh
# Terima kasih bonda...

Ahad, 8 November 2015

PERALATAN MANDI JENAZAH


Peralatan lengkap pengurusan jenazah.




















 Image result for tempat mandi jenazah 1) Tempat mandi jenazah
    2) Air mutlak secukupnya

Image result for gambar jenis air mutlak        






       





 

 







        Image result for kapas gulung     3) Kapas                                              

4) Sabun mandi     



















Image result for kapur barus   5) Kapur barus

Image result for serbuk cendana   6) Serbuk cendana


Image result for air mawar    7) Air mawar


Image result for minyak attar   8) Minyak wangi



MENGURUS DAN MEMANDIKAN JENAZAH



Apabila seseorang itu meninggal dunia maka perlulah dilakukan perkara tersebut:
  • Hendaklah dilaporkan kepada pihak yang berkenaan untuk mendapatkan kebenaran pengkebumian. 
  • Buat urusan dibalai polis bagi melaporkan kematian.
  • Sekiranya jenazah itu meninggal di hospital, cukup dengan surat kebenaan  atau pengesahan dari doktor.
  • Membeli keperluan untuk memandikan dan mengkafankan jenazah.
  • Menentukan bilal untuk memandikan jenazah.
  • Urusan menggali kubur.
  • Menentukan iman untuk solat jenazah.
  • Menguruskan kenderaan untuk jenazah.
  • Ucapan takziah.


ADAB MEMANDIKAN JENAZAH

Orang yang boleh memandikan jenazah.

Jenazah lelaki.
  1. Kesemua lelaki.
  2. Isteri.
  3. Orang yang haram nikah dengannya.
Jenazah perempuan.
  1. Kesemua perempuan.
  2. Suami.
  3. Orang yang haram nikah dengannya.
Jika warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.

Dalam hal ini, suami adalah lebin berhak memandikannya kalau yang meninggal itu isteri, begitulah sebaliknya. Sebagai contoh, Sayidina Ali k.m.h telah memandikan jenazah isterinya Siti Fatimah bt. Muhammad s.a.w. Begitu juga Sayidina Abu Bakar r.a meninggal dunia dimandikan oleh isterinya yang bernama Asma' bt Uwais.
TUKANG MANDI JENAZAH


·         Rasulallah Shallallaahu ’Alaihi Wa Sallam bersabda:

·         “Barangsiapa memandikan (jenazah) seorang muslim seraya menyembunyikan (aib) nya dengan baik, maka Allah akan memberikan keampunan empat puluh kali kepadanya. Barangsiapa membuatkan lubang untuknya lalu menutupinya, maka akan diberikannya pahala seperti pahala orang yang memberikan tempat tinggal kepadanya sampai hari kiamat kelak. Barangsiapa mengkafaninya, niscaya Allah akan memakaikannya sundus (pakaian dari kain sutera tipis) dan istabraq (pakaian sutera tebal) Surga di hari kiamat kelak.”

·     (HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi. Al-Hakim berkata; Shahih dengan syarat Muslim. Dan disepakati oleh Adz-Dzahabi)
     
      Tukang mandi hendaklah terdiri daripada orang yang amanah, tidak akan menceritakan keburukan simati. Sifat yang perlu ada seorang yang mengurus dan memandikan jenazah:  
  • Berani
  • Sabar 
  • Amanah
  • Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.
   PERSEDIAAN DAN KEPERLUAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH
  •      Sediakan tempat mandi.
  •      Sabun mandi.
  •      Air mutlak ( air yang bersih )
  •      Kain sugi - 7 batang
  •      Sarung tangan- 3 atau 5 helai
  •      Sedikit kapas.
  •      Air kapur barus.
  •      Baldi serta gayung atau  paip.
  •      Sabun mandi.
  •      Kain penutup jenazah ketika mandi.
  •      Tuala.
  •      Gunting
  •      Kapas 3 gulung
  •      Serbuk kayu cendana.
  •      Serbuk kapur barus.
  •      Air mawar 1 botol.
  •      Bedak.
  •      Celak
  •      Minyak wangi yang tiada alkohol.
  •      Tikar jerami
  •      Bantal dari daun pandan.
Image result for cara memandikan jenazah    Image result for cara memandikan jenazah        Image result for cara memandikan jenazah



Sabtu, 7 November 2015

PANDUAN MENGAFAN JENAZAH


 Panduan mengkafan jenazah lelaki dan perempuan

Cara mengkafan jenazah laki-laki atau perempuan ini merupakan serangkain yang ada dalam pengurusan terhadap mayat sebelum dikebumikan. Proses ini dilakukan setelah selesai proses memandikan jenazah. Supaya perjalanan mengkafan jenazah ini boleh berjalan dengan baik, maka ada baiknya kita perhatikan beberapa hal penting. Sebab dalam teorinya, mengkafan orang meninggal tidak hanya sekedar membungkus menggunakan kain begitu saja, melainkan harus dilakukan sesuai syari'at islam.

Contohnya, kain yang digunakan untuk membungkus jenazah laki-laki atau perempuan ada caranya sendiri. Begitu juga tentang cara mengikat tali kain kafan juga ada caranya. Oleh karena itu, di sini akan dijelaskan penjelesan berkait cara mengafan jenazah lelaki dan perempuan.


http://karangtarunabhaktibulang.blogspot.com/2015/01/cara-mengkafani-jenazah-laki-laki-atau-perempuan.html

Langkah-langkah mengkafan jenazah.

Dalam hal mengkafan jenazah, kalau kita belajar kepada haqqullah ( hak Allah) semata, maka kain yang diperlukan hanya sebatas penutup aurat. Bagi laki-laki hanya sebatas penutup pusar dan lututnya, sedangkan bagi perempuan baik orang yang merdeka  atau budak  adalah kain yang dapat menutupi semua anggota tubuhnya kecuali muka dan kedua telapak tangannya.
Akan tetapi kalau dipandang dari haqqullah dan haqqul adami, maka kain kafan yang diperlukan untuk mengkafan jenazah laki-laki secara sempurna adalah tiga lembar kain kafan warna putih. Sedangkan untuk perempuan  adalah lima lembar kain yang terdiri dari :  
  1. Dua lembar kain panjang yang cukup untuk membungkus seluruh tubuhnya.
  2. Kain sarung ( kain pembalut tubuh dari pusar sampai lututnya )
  3. Baju kurung
  4. Telekung (kain penutup kepala dengan bentuk khusus )
Adapun kain kafan untuk anak-anak adalah satu lembar kain kafan yang cukup untuk membungkus seluruh tubuhnya.Akan tetapi yang lebih utama tetap tiga lembar kain warna putih.

Cara Mengkafan Jenazah Lelaki.

  • Bentangkan tiga lebar kain kafan yang sudah dipotong sesuai denga ukuran yang diperlukan dengan cara disusun, kain yang paling lebar diletakkan dipaling bawah. Kalau ukuran lebar kain sama, geserlah kain yang ditengah kekanan sedikit dan yang paling atas kekiri sedikit atau sebaliknya. Dan jika sendainya lebar kain kafan tidak cukup untuk menyelimuti mayat, maka geser lagi hingga boleh menutupi jenazah tersebut. Dan jika tetap tidak dapat  menutupinya, baik kerana mayatnya besar atau yang lain, maka lakukan penambahan sesuai dengan keperluan.
  • Sapu (berilah) kain kafan dengan wangi-wangian.
  • Persiapkan tiga atau lima utas kain tali dan letakkan dibawah kain yang paling bawah. Dan agar tali dibagian dada (diatas tangan dan dibawahnya) tidak mudah bergeser, potonglah dengan bentuk khusus. (satu utas tali yang dibahagi dua atau tiga)
  • Persiapkan kafan yang sudah diberi wangi-wangian kayu cendana yang dicampur kapur barus untuk diletakkan dibagian anggota badan tertentu antara lain sebagaimana berikut.
a. Bahagian Manfad (lubang terus) yang terdiri dari :
- Kedua mata
- Hidung
- Mulut
- Kedua telinga (dan sebaiknya menggunakan kapas yang lebar, sekiranya boleh menutupi seluruh muka mayat)
- Kemaluan.

b. Bahagian anggota sujud, yang terdiri dari :
- Dahi
- Kedua telapak tangan
- Kadua lutut
- Jari-jari kedua kaki

c. Bahagian persendian dan anggota yang tersembunyi, yang terdiri dari :
- Kedua lutut paling belakang
- Ketiak
- Kedua telingan bagian belakang
  • Angkatlah dengan hati-hati dan baringkan diatas kain yang telah dipersiapkan sebagaimana tersebut diatas.
  • Tutuplah bahagian anggota badan tertentu dengan kapas dan kain kafan.
  • Selimutkan kain kafan pada jenazah selembar demi selembar dimulai dari yang paling atas hingga yang paling bawah, kemudian ikatlah dengan kain tali yang telah disediakan dengan ikatan hidup agar mudah dibuka. Ikatan tersebut diikat disebelah kiri mayat. 

Cara Mengkafan Jenazah Perempuan.

  • Bentangkan dua lembar kain kafan yang sudah di potong sesuai dengan ukuran yang di perlukan kemudian letakkan pula kain sarung di atasnya di bagian bawah (tempat di mana badan antara pusat dan kedua lutut di  rebahkan)
  • Sediakan baju kurung dan telekung.
  • Sediakan tiga atau lima utas kain tali dan letakkan di bawah kain kafan yang paling bawah yang telah di bentangkan.
  • Sediakan kapas yang sudah diberi wangi-wangian untuk di letakkan dibagian anggota badan tertentu
  • Angkatlah jenazah dengan hati-hati, kemudian baringkan di atas kain kafan yang sudah di bentangkan dan yang sudah disapu dengan wangi-wangian.
  • Letakkan kapas di bahagian anggota badan tertentu sebagaimana tersebut di cara nombor 04 cara mengkafani mayat lelaki.
  • Selimutkan kain sarung di badan mayat antara pusar dan kedua lutut dan sarungkan juga baju kurung berikut kain penutup kepala (telekung).Bagi yang rambutnya panjang dimasukkan dalam serkup atau anak tudung. 
  • Setelah memakai baju kurung dan telekung selesai, maka selimutkan kedua kain kafan selembar demi selembar mulai dari yang paling atas sampai yang paling bawah, setelah selesai ikatlah dengan tiga atau lima tali yang telah di sediakan.

Saranan Dalam Mengkafan Jenazah.

  • Mengunakan kain putih yang dibuat dari kain cotton atau kapas.
  • Lumur atau sapukan kain kafan dengan wangi-wangian
  • Balut kapas di bahagin tertentu. Seperti disendi tangan, kaki, dada, lutut dan perut.
  • Menggunakan kain kafan dengan bilangan yang ganjil, tiga lembar atau lima lembar lebih utama dari dua atau empat lembar, akan tetapi penambahan hitungan kain kafan lebih dari satu lembar lebih baik meskipun satu termasuk hitungan ganjil sebagai penghormatan pada si mayat.
  • Menggunakan kain yang bagus tapi tidak mahal, yang di maksud di sini adalah kain yang berwarna putih, bersih, suci dan tebal.

Larangan-Larangan Dalam Mengkafan Jenazah

  • Menggunakan kain kafan yang mahal.

  • Menulisi ayat Al-quran.
  • Menggunakan kain kafan yang nipis (tembus pandang)
  • Berlebih-lebihan dalam mengkafan.
Gambar cara-cara mengkafan jenazah :




# Inilah kursus pertama saya.
# Sayalah model dalam gambar tu. Merasalah macamana berada dalam kain kafan.
# Alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur untuk berkongsi ilmu.
# Terima kasih ustazah Hjh. Hanifah yang banyak memberi kata-kata semangat kepada saya.

Ahad, 25 Oktober 2015

PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH

وَلَن يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا ۚ وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.(QS. Al-Munafiqun [63] : 11)


قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ۖ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan".(QS. Al-Jumuah [62] : 8)

Mukaddimah:

  • Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi.
  • Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja.
  •  Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam.
  •  Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.
  • Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu.
  •  Seperkara yang perlu diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti.
  •  Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :
  •   'Menziarah/melawat orang yang sakit pada permulaan masa sakitnya itu adalah Fardhu (wajib) dan kemudian daripadanya Sunat, tidak lebih dari 3 hari'.
  •  Umat Islam amat menghargai kita melawat orang sakit terutama jika saudara-mara kita yang sakit.
  •  Begitu juga kalau jiran-jiran kita, walaupun jiran kita bukan dari golongan orang Islam.
  • Apa yang perlu di lakukan ketika menghadapi seseorang yang dalam keadaan nazak?


Ø  Pesakit hendaklah ditelentangkan menghala ke Qiblat dan qiam tangannya.

Ø  Sentiasa mengingatkannya dengan kalimah Syuhadah iaitu :


Image result for kalimah syahadah

  • Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, perkara-perkara berikut hendaklah dilakukan :


*    Hendaklah kita ucapkan kalimah:
Image result for kalimah bila ditimpa musibah
*    Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.

*    Rapatkan kedua belah matanya.

*    Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang.

*    Rapatkan mulutnya

*    Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya.

*    Luruskan kakinya.

*    Ikatkan kedua ibu jari kakinya.
*    Letakkan di tempat yang tinggi.
*    Hadapkan ke Qiblat.
  • Di antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah :
  1.   Memandikannya.
  2.   Mengkafankan jenazah.
  3.   Solat ke atas jenazah.
  4.   Mengebumikannya
PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA JENAZAH
  1. Sunat menutupmatamya
  2. Melembutkan sendi-sendinya yang keras.
  3. Mengikat dagunya ke kepala supaya mulutnya tertutup.
  4. Mendoakan simati dan keluarganya supaya mereka beroleh kebaikan di dunia dan di akhirat.
  5. Menghadapkan jenazah itu ke kiblat.
  6. Menutup keseluruh tubuhnya.
  7. Menanggalkan pakaian yang asal dan memakaikan pakaian yang lain.