Isnin, 9 November 2015

Pengalaman dan pesanan ustazah buat anak-anak...

TATAPLAH CORETAN KU DAN KUATKAN SEMANGATMU...


12 tahun telah berlalu, saat itu tidak terlintas dihati ini untuk menceburi bidang menguruskan jenazah. Namun ketetapan dari Allah swt tiada siapa yang mengetahuinya. Saat dipanggil untuk mengurus jenazah...berbagai-bagai degupan dan gelora timbul  dihati ini. Namun atas dasar kepercayaan yang diberi ku gagahkan juga hati ini. Tiada apa yang ku lafazkan hanya sedekah al-fatihah dan berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w yang banyak agar Allah memudahkan segalanya. Tanpa ilmu, tanpa pengalaman namun itulah yang dikatakan suatu anugerah.

Malam...seperti biasa tidurku lena namun ada sesuatu yang mengganggu mimpiku. Setiap kali selesai ku kapankan jenazah maka sekelip mata jugalah terbuka kain kapan tersebut. Berulang-ulang kali ku cuba namun tidak berjaya hingga akhirnya ku terjaga.

Pagi...ku cuba fikirkan semula akhirnya ku temui jalannya. Di sinilah Allah s.w.t menggerakkan hati ini untuk belajar dan terus belajar bagaimana untuk ku berbakti kepada keluarga dan masyarakat. Saat ini juga ku fikirkan inilah yang pasti berlaku pada diriku dan semua makhluk di muka bumi ini.
Ya...Allah terima kasih diatas anugerah ini. Begilah rasanya jika diri ini dijemput Illahi. Sejuk...dingin...kaku tapi percayalah tiada apa yang perlu ditakuti kerana disinilah timbulnya keinsafan dan muhasabah diri ini.

Anak-anak...percayalah dalamilah ilmu ini, jangan rasa gentar dan cemas. Kuatkan semangatmu. Jangan sesekali terdetik dihati mu " ah...fardu kifayah je, orang dah buat, aku tak payah. " Percayalah....ibubapamu inginkan tangan mu untuk membelai rambut, mengusap tubuh, membasuh seluruh tubuh mereka disaat mereka meninggal dunia.

Anak-anak....jadilah kamu orang yang dapat menutup setiap aib yang ada ditubuh ibubapamu. Jadilah kamu orang yang dapat menyapu bedak, celak diwajah ibubapamu, menyapu minyak wangi disegenap tubuh kaku mereka.
Anak-anak...Jadilah kamu orang yang dapat menutup kain kafan mereka dari hujung kepala hingga ke hujung kaki. Jadilah kamu orang yang boleh mengikat tubuh badan mereka dan mengusung mereka ke tempat solat. Anak soleh...jadilah kamu imam dalam solat jenazahnya.

Anak-anak...jadilah kamu orang yang boleh membawa mereke ke pusara tempat yang aman dan tenang. Kebumikan mereka, timbuskan mereka dan tinggalkan mereka bersama-sama orang-orang yang soleh dan solehah. Anak-anak...talkinkanlah mereka, doakan mereka kerana doa dari anak yang soleh dan solehah sahaja yang akan mereka bawa ke alam yang kekal abadi.

Anak-anak...walaupun topik ini dipelajari ditahun 6, namun percayalah ibubapamu sangat terharu jika kau dapat mengaplikasikannya hingga kau dewasa. Yakin...setiap yang hidup pasti akan mati, disaat itulah kita baru tersedar betapa kita sangat memerlukan keluarga, masyarakat dan kawan-kawan yang dapat menguruskan jenazah kita nanti. Jadi...buanglah sifat benci dan iri hati. Agar disaat kita tiada nanti orang akan merindui...

Sekian...sedikit perkongsian ilmu dan harapan dari seorang ibu, guru, sahabat dan hamba Allah s.w.t


Image result for ana muslim  Image result for ana muslim
# Bersama bonda tersayang Hjh. Saodah bt Hj. Mohd Salleh
# Terima kasih bonda...

12 ulasan:

  1. Semoga perkongsian ilmu ini dapat menjadikan diri kita sebagai hamba Allah yang diberkati dalam apa juga urusan yang kita jalani di muka bumi ini. Aamin...

    BalasPadam
  2. Huhuhuhu.. Terasa kat dalam hati..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih hariz, semoga menjadi anak yang soleh.

      Padam
  3. Perkongsian yang sangat berguna...

    BalasPadam
  4. tahniah..sama2lah kita berusaha utk menjadi insan yang bertakwa.

    BalasPadam
  5. semoga kita akan menjadi daie kepada anak2 didik kita dalam melaksanakan fardu kifayah ini

    BalasPadam
  6. Coretan yang menusuk hati sy...well done dear sis.

    BalasPadam